Tuesday, August 25, 2009

Menggambar 



PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek
melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar
dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga
menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan
ekspresi diri seseorang murid.

(a) Definisi Menggambar
� Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej
yang dihasilkan di atas permukaan rata.
� Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan
melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
� Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan
imej mental seseorang
� Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek
� Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
� Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua
dimensi
� Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
(b) Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-
kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang
berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai saiz.
Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni
adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu,
kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, Âsugar
paperÊ, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat
tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media
kering atau basah semuanya amat berguna untuk
melengkapkan kerja-kerja menggambar.
TUJUAN MENGGAMBAR
� Asas menggambar
� Menggambar
� Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
� Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar
berdasarkan tema imaginasi murid
� Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan
imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer
� Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi
dan fantasi murid secara manual dan berbantukan
� Meneroka dengan menggunakan perisian komputer
dalam proses penghasilan karya
� Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam
penghasilan karya senivisual

(c) Aras Sintesis dan Penilaian

� Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar
serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak
disukai
� Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan
secara kreatif
� Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua
kegiatan seni visual
� Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur
flora dan fauna untuk penghasilan
� Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka
dalam penghasilan karya secara kreatif.
� Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta
mengutamakan keselamatan
� Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam
kegiatan seni visual
� Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan
� Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan
sesuatu hasil kerja.
� Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman
untuk menghasilkan portfolio (analisis)
� Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen
Asas Senireka dalam penghasil karya
� Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan
matapelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang
kreatif
� Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam
penghasilan secara kreatif
� Menghargai sumbangan pelukis tempatan dalam
kegiatan menggambar
� Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-
unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual
� Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri
dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman

No comments:

Post a Comment