Saturday, July 18, 2009

Setiap insan dalam dunia ini mesti ada masalah, tanpa masalah, kita akan kekurangan motivasi untuk mendorong kita untuk berjaya dan masalah juga yang akan menolong manusia dalam mengatasi masalah secara berperingkat atau berurutan. Masalah terbahagi kepada dua jenis iaitu masalah yang ada jalan penyelesaian dan masalah yang tidak ada jalan penyelesaian. Oleh itu, masalah bagi semua orang adalah penting.
Masalah yang saya hadapi ialah tentang kerja kumpulan, kerja kumpulan merupakan satu aktiviti yang mesti dilakukan di Universiti dan merupakan tujuan bagi pihak universiti dalam membentuk serta mengeratkan siratulahim di antara pelajar tetapi kerja kumpulan bagi saya merupakan satu mimpi ngeri. Oleh itu, setiap kali pensyarah memberi kerja atau tugasan secara berkumpulan, saya akan rasa tertekan. Sekira saya mendapat ahli kumpulan yang baik dan rajin, saya akan gembira, tetapi apabila saya dapat ahli kumpulan yang tidak aktif, pasif, malas dan sentiasa bergaya “ copy and past” , maka saya akan menjadi lebih tertekan dan marah. Keadaan ini bertambah teruk apabila saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka iaitu apabila saya hendak membincang atau menelefon dengan mereka, mereka kadang-kala akan menggunkan alas an yang tidak munasabar seperti tidak ada duit dan perlu balik kampung ambil atau hendak pergi pasaraya beli baju sedangkan kerja hendak hantar beberapa hari nanti. Sekira saya marah atau menegur mereka, mereka kadang kala akan menyakitkan hati saya seperti mengatakan saya gila kuasa dan sebagainya, Oleh itu, saya mengatakan kerja kumpulan merupakan aktiviti yang saya tidak sukai.
Selain daripada sifat kawan, kediaman di antara ahli kumpulan juga menjadi masalah . Kediaman kita yang berbeza seperti saya tinggal di Kolej Ungku Omar (KUO), manakala ahli kumpulan lain yang tinggal di kolej yang berlainan atau tinggal di luar kolej juga akan memberi masalah kepada kita terutama semasa kumpulan kita hendak berbincang atau “discussion”, Keadaan ini bertambah sukar apabila pengajaran dan pembelajaran (P&P) kita yang berlainan. P&P yang berlainan juga menyebabkan masa kita berbincang kita semakin berkurang dan susah untuk bertemu. Dengan sedemikian, disebabkan pertemuan kita yang jarang jumpa, dan jarang berjumpa pensyarah, maka ia telah menjadi kekangan dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti, dan ia juga akan menjatuhkan keputusan kita sekira mendapat markah yang tidak memberangsangkan.
Di samping itu, disebabkan saya adalah pelajar seni, tidak dapat dinafikan bahawa kerja kumpulan merupakan satu langkah yang baik dalam meringankan kerja dan dapat menjimatkan kos membayar alatan terutama kelas studio. Tetapi ia menjadi masalah apabila di akhir sistem pembelajaran kita. Hal ini kerana hasil karya adalah usaha semua ahli kumpulan, tetapi karya yang dihasilkan adalah satu sahaja. Ini bermakna di antara ahli kumpulan kita hanya seorang sahaja yang boleh memiliki dan ini menjadi tidak adil kepada ahli kumpulan yang lain. Masalah ini memang tiada jalan penyelesaian. Hal ini kerana sekira orang yang memiliki itu sanggup membayar hasilnya, tetapi saya dan kawan lain juga akan rasa duit tidak penting, yang penting ialah karya, karya bertambah penting semasa kita menghadiri temu duga, sekira kita dapat menunjukkan karya kita, maka ia akan menjadi markah bonus berbanding dengan rakan lain yang menghadiri temu duga itu.
Oleh itu, kerja kumpulan memang adalah masalah saya yang tidak ada jalan penyelesaian.